Proses pemilihan UMNO di lapan bahagian di Terengganu berjalan lancar - Utusan Malaysia

Proses pemilihan UMNO di lapan bahagian di Terengganu berjalan lancar

NIK Dir Nik Wan Ku (kanan) memerhati proses pemilihan UMNO Bahagian Marang di Marang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

MARANG: Proses pemilihan UMNO di lapan bahagian di Terengganu berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul, setakat tengah hari ini.

Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung ketidakaturan perjalanan pemilihan parti di peringkat bahagian.

“Proses pengundian yang melibatkan seramai kira-kira 8,000  perwakilan masih berlangsung dan dijangka selesai dalam pada pukul 2 petang ini.

“Sementara itu, proses pengiraan kertas undi pula akan bermula sejurus pengundian selesai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Nik Dir memberitahu, keputusan pemilihan tersebut  dijangka diperoleh pada lewat petang ini.

“Proses pemilihan UMNO untuk jawatan Naib Presiden, Majlis Kerja Tertinggi di peringkat Pusat juga dilakukan secara serentak,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan dua bahagian UMNO yang ditandingi bekas Menteri Besar Terengganu menjadi tumpuan pada pemilihan parti itu.

Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said yang mempertahan jawatan tersebut akan dicabar Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Datuk Mohamed Rahim Hussin. 

Walaupun Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal dikatakan mempunyai peluang cerah memenangi pertandingan tersebut, kemampuan Mohamed Rahim Hussin.

Tiga bahagian lagi yang menyaksikan perebutan sengit ialah Kuala Terengganu, Besut dan Terengganu.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh akan dicabar oleh bekas penyandang jawatan itu, Datuk Mohd. Sobri Alwi dan Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr. Najmi Faiz Mohamed Aris manakala Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Nawi Mohamad akan disaingi ADUN Jertih, Datuk Muhammad Fehimi Yusof, Ismaoun Mohamad dan Wan Mohammad Wan Ahmad serta Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Din Adam ditentang timbalannya, Azhar Jambol.

Tiga lagi bahagian pula dimenangi penyandang tanpa bertanding iaitu Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat; Ketua UMNO Bahagian Marang, Nik Dir dan Ketua UMNO Bahagian Setiu, Datuk Sabri Mohd. Noor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.