Projek ECERDC tetap berjalan walaupun alami kelewatan

Projek ECERDC tetap berjalan walaupun alami kelewatan

AHMAD Yakob (kiri) meluangkan masa melawat gerai pameran selepas merasmikan Majlis Apresiasi Program Pembangunan Modal Insan ECER, di Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Projek-projek penting di bawah kendalian Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di negeri ini tetap berjalan seperti biasa walaupun mengalami kelewatan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, projek tersebut termasuklah pembinaan lebuh raya Central Spine Road (CSR) menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai yang dijangka siap pada tahun 2025 nanti.

“Kesemua projek penting kendalian ECERDC di negeri ini tidak tergantung dan tetap dilaksanakan.

“ECERDC semasa perbincangan tadi memaklumkan akan sedaya upaya memastikan kesemua projek dilaksanakan akan dapat disempurnakan mengikut jadual,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi Program Pembangunan Modal Insan ECER, di sini hari ini.

Ahmad memberitahu, kerajaan negeri tetap memberikan perhatian kepada projek pembangunan Kompleks Sukan Bukit Merbau walaupun ia bukan projek pembangunan di bawah ECERDC.

Katanya, kerajaan negeri akan berusaha untuk memastikan pembinaan kompleks sukan itu berjaya disiapkan dan boleh digunakan untuk penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) pada tahun 2026.

Dalam perkembangan lain, Ahmad memaklumkan sehingga kini ECERDC sudah berjaya menarik nilai pelaburan sebanyak RM20.5 bilion.

Katanya, pelaburan itu telah banyak membawa kebaikan kepada rakyat di negeri ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya