Permintaan ayam kampung laris sempena hari Mantai - Utusan Malaysia

Permintaan ayam kampung laris sempena hari Mantai

ZAMIRUL Ikmar Ab. Zahar (kanan) bersama Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Chennah, Rosmadi Arif (kiri) menunjukkan ayam kampung ternakannya yang mendapat sambutan menggalakkan sempena hari Mantai ketika ditemui di Kampung Chalin, Jelebu.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Kehadiran bulan Ramadan menyebabkan permintaan terhadap ayam kampung sangat menggalakkan terutama dalam kalangan penduduk daerah ini yang menjalankan tradisi Mantai.

Seorang penternak ayam kampung, Zamirul Ikmar Ab. Zahar, 26, berkata, sejak dua minggu lalu dia telah mula menerima tempahan dari pelanggan dan sehingga kini sebanyak 100 ekor ayam kampung telah terjual.

“Ramai yang mahu memasak rendang ayam juga sempena Mantai, sejak dua minggu lalu saya memang tidak menang tangan menerima tempahan. Memang kebiasaan mereka akan buat tempahan awal kerana khuatir ayam kampung ini habis.

“Alhamdulillah tahun ini, lebih 100 ekor ayam kampung telah terjual dan ada berbaki 100 ekor lagi masih ada untuk keperluan menyambut Ramadan ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Chalin di sini semalam.

Graduan Diploma Pelancongan dari Politeknik Muadzam Shah, Pahang itu turut memberitahu, selain ayam kampung dia juga turut menternak burung puyuh.

“Saya juga ada menanam bunga kantan dan serai dan dijual di sekitar daerah Jelebu sepanjang persiapan Mantai ini.Saya juga turut menghantar bekalan ke pasar-pasar berdekatan dan sambutan yang diterima amat baik,” katanya.

Jelasnya Zamirul Ikmar lagi, selain menjelang bulan Ramadan dan hari raya, permintaan ayam kampung ternakannya juga amat menggalakkan pada perayaan Tahun Baharu Cina.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya