Penduduk Felda Selancar terputus hubungan, jalan runtuh

Penduduk Felda Selancar terputus hubungan, jalan runtuh

JALAN utama ke Felda Selancar runtuh susulan air deras akibat hujan lebat sekali gus menyebabkan penduduk di situ terputus hubungan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Hujan lebat dan tanpa henti sejak semalam menyebabkan lebih 5,000 penduduk di Felda Selancar di sini terputus hubungan selepas laluan utama ke kawasan tanah rancangan terbabit runtuh awal pagi hari ini.

Hujan lebat turut menyebabkan laluan alternatif ke kawasan yang mempunyai kira-kira 10 tanah rancangan itu ditenggelami air dan tidak dapat dilalui semua kenderaan.

Difahamkan hujan lebat sejak semalam menyebabkan beberapa lokasi di tanah rancangan bersempadan Segamat, Johor itu ditenggelami air.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Azahari Mukhtar berkata, jalan utama Felda Selancar ditutup kedua-dua arah ekoran jalan tersebut telah runtuh akibat limpahan air deras berikutan hujan lebat.

“Jalan Selancar 3 menuju ke Felda Redong juga telah ditutup untuk semua kenderaan kerana telah dinaiki air sedalam 0.9 meter,”ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya