Pejuang disaran bubar, jadi ahli Bersatu

Pejuang disaran bubar, jadi ahli Bersatu

Permohonan Pejuang untuk bersama PN ditolak gabungan itu. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kepe­mim­pinan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) disaran membubarkan parti itu dan kembali menjadi ahli komponen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris menyarankan Pejuang supaya membubarkan parti itu dan kembali menjadi ahli komponen Bersatu.

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk parti serpihan Bersatu itu bertaut kembali ke­rana sejarah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan mereka telah ditolak oleh rakyat di banyak kawasan Parlimen.

“Saya bukan dalam kedudukan PN yang sesuai memberi komen, cuma sebagai ahli Bersatu dan Ketua Penerangan, saya berpendapat mereka hanya minta kerusi bertanding.

“Ia sememangnya ke arah itu untuk mengekalkan kerusi-kerusi bekas ahli Bersatu untuk dituntut Pejuang. Dalam Pejuang, saya boleh katakan hampir 100 peratus ahlinya dari Bersatu. Jadi saya minta supaya mereka kembali semula.

“Bubarlah dan selepas itu barulah kita berbincang siapa yang layak menjadi calon dalam, pilihan raya jika kamu bersama PN,” katanya ketika ditemui di ruang legar Parlimen, semalam.

Kelmarin permohonan Pe­juang untuk menyertai PN ditolak selepas diputuskan Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Naib Pre­siden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PN mempunyai hujah yang kuat dan munasabah untuk menolak penyertaan Pejuang ke dalam gabungan politik itu ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN