Naikkan gaji minimum graduan TVET wajar

Naikkan gaji minimum graduan TVET wajar

GAJI graduan TVET perlu sepadan dengan kemahiran mereka. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cadangan menaikkan gaji minimum graduan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) wajar dilaksanakan bagi mengelakkan mereka berhijrah ke luar negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong berkata, pada masa ini graduan TVET menerima gaji minimum RM2,250 yang dianggap tidak sepadan dengan kemahiran mereka.

“Ini (gaji rendah) tidak boleh diterima. Sebab itu cadangan Timbalan Perdana Menteri (menaikkan gaji minimum TVET) baik dan harus dilaksana supaya lebih tinggi, kalau tidak jurutera akan berhijrah ke negara lain kalau gaji rendah,” katanya dalam Dewan Rakyat di sini, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Ku Abd. Rah­man Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) jika kerajaan merancang menaikkan gaji minimum RM3,000 (cadangan) yang disifatkan tidak praktikal memandangkan sekarang sudah berjumlah RM2,500.

Chin Tong sebelum itu memberitahu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pernah menge­syor supaya graduan TVET dibayar gaji sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

Dalam pada itu beliau berkata, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau swasta terpilih dicadang mengambil alih pengurusan sebahagian institusi TVET supaya latihan dan pendidikan institusi tersebut memenuhi keperluan industri dan meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET.

“Semasa membentangkan Belanjawan 2023, Perdana Menteri mengesyorkan supaya model Penang Skill Development Centre (PSDC) digunapakai sebagai teladan. PSDC ditubuhkan dengan usahasama kerajaan negeri, industri dan badan pengurusan PSDC.

“Kementerian Perdagangan­ Antarabangsa dan Industri (MITI) juga telah merangka Dasar Pelaburan Baharu Negara berteraskan Aspirasi Pelaburan Nasional bagi merencana agenda pelaburan nasional negara yang holistik, sekaligus meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan aliran masuk pelaburan ke dalam negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini