Minat berniaga pengaruhi lepasan SPM

Minat berniaga pengaruhi lepasan SPM

Pelajar le­pasan SPM tidak berminat menyambung pengajian TVET di politeknik dan kolej komuniti kerana lebih cenderung menceburi bidang ekonomi gig dan menjalankan perniagaan sendiri. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Kebanyakan pelajar le­pasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak berminat menyambung pengajian di politeknik dan kolej komuniti kerana lebih cenderung menceburi bidang ekonomi gig dan menjalankan perniagaan sendiri.

Timbalan Ketua Pengarah (Governan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kamaludin Daud berkata, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan pada tahun lalu, kira-kira 30 peratus lepasan SPM yang memohon untuk memasuki institusi pengajian tinggi manakala lebih 70 peratus langsung tidak membuat permohonan.

Menurutnya, mereka lebih berminat untuk menjadi penghantar makanan selain menceburi bidang kesenian melalui media sosial memandangkan ia semakin popular.

“Kekurangan kemasukan le­pasan SPM bukan sahaja berlaku di politeknik dan kolej komuniti, sebaliknya situasi sama turut berlaku di institusi kemahiran dan teknikal lain.

“Ia berlaku apabila taraf ekonomi negara berubah sehingga menyebabkan ramai golongan muda lebih berminat untuk menceburi bidang perniagaan secara dalam talian termasuk yang diusahakan oleh mereka sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Agro Food Security Hub Politeknik Jeli, Politeknik Jeli di sini, semalam.

Kamaludin memberitahu, sehubungan itu, pihaknya telah mengadakan sesi bersemuka dengan pihak pemain industri untuk berbincang mengenai keperluan yang diperlukan melalui jurusan yang ditawarkan pihak politeknik dan kolej komuniti untuk pasaran kerja.

Katanya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti sentiasa membuka peluang kepada lepasan SPM untuk melanjutkan ke institusi pengajian itu.

“Kita mengadakan dua sesi pengambilan pelajar dalam setahun untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan yang di tawarkan.

“Kementerian Pendidikan Tinggi turut berusaha untuk menjadikan laluan politeknik ini sebagai satu pilihan utama bagi pelajar lepasan SPM me­lanjutkan pengajian mereka ke peringkat tinggi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN