Guru parah, tiga pelajar cedera kereta dinaiki bertembung lori

Guru parah, tiga pelajar cedera kereta dinaiki bertembung lori

ANGGOTA bomba menggunakan hydraulic rescue tools menyelamatkan pelajar dan guru yang tersepit dalam kemalangan di Solok Duku, Melaka hari ini.-IHSAN JBPM MELAKA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang guru parah manakala tiga pelajar dari Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Masjid Tanah dekat sini cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Solok Duku, di sini, petang tadi.

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka, Zulkhairani Ramli berkata, kesemua mangsa dalam perjalanan balik selepas menyertai pertandingan ping pong di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Cheng.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 pada pukul 3.24 petang sebelum sebuah Fire Rescue Tender (FRT) bersama enam anggota digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, setibanya pasukan bomba di lokasi didapati kemalangan melibatkan sebuah Proton Saga dan sebuah lori dengan lima mangsa lelaki.

Beliau berkata, empat mangsa yang menaiki Proton Saga terdiri daripada seorang guru berusia 24 tahun dan tiga pelajar berusia antara 15 hingga 16 tahun, manakala pemandu lori berusia 46 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Guru berusia 24 tahun serta seorang pelajar berusia 16 tahun yang berada di tempat duduk belakang mengalami kecederaan parah selepas tersepit di dalam kenderaan.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam tempoh kurang 10 minit menggunakan hydraulic rescue tools.

“Tindakan pantas itu berjaya menyelamatkan kedua-dua mangsa sebelum mereka diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkhairani berkata, dua lagi pelajar telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba di mana seorang pelajar berusia 15 tahun mengalami patah kaki manakala seorang lagi pelajar berusia 16 tahun mengalami kecederaan akibat hentakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN