MB mohon PM pertimbang moratorium bagi mangsa banjir - Utusan Malaysia

MB mohon PM pertimbang moratorium bagi mangsa banjir

ONN HAFIZ GHAZI melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS SK Pintas Puding, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan supaya mangsa banjir di negeri ini diberikan moratorium antara tiga hingga enam bulan.

Beliau berkata, moratorium itu akan dapat membantu meringankan bebanan mangsa yang mempunyai pinjaman daripada institusi perbankan untuk bangkit semula selepas bencana berkenaan.

Menurutnya, pada tahun ini ramai rakyat Johor yang terpaksa melalui ujian banjir yang amat mencabar bukan hanya sekali, malah dua kali.

“Bencana sebegini sudah tentu memberikan impak kewangan yang cukup besar kepada mereka. Ada yang kerosakan harta benda seperti kereta, perabot, peralatan elektrik dan sebagainya, malah ada juga yang mengalami kerugian hasil tanaman dan haiwan ternakan.

“Maka, bagi pihak mereka, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon dan merayu agar YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mempertimbangkan moratorium sekurang-kurangnya  tiga hingga enam bulan bagi mangsa-mangsa banjir yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Onn Hafiz berharap supaya semua mangsa banjir boleh diberikan sedikit kelegaan daripada segi moratorium dalam tempoh berkenaan.

Bencana banjir kali ini dianggap terburuk apabila hampir 50,000 dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di semua 10 daerah di negeri ini setakat ini.

Setakat ini, empat mangsa telah menjadi korban bencana alam berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya