Matrix Concepts beri sumbangan RM30,000 kepada mangsa banjir di Johor - Utusan Malaysia

Matrix Concepts beri sumbangan RM30,000 kepada mangsa banjir di Johor

KAKITANGAN Matrix Concepts menyampaikan bantuan segera kepada mangsa banjir yang terjejas di Johor baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) telah menyampaikan bantuan segera lebih RM30,000 kepada mangsa banjir yang terjejas teruk di Johor baru-baru ini.

Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Matrix Concepts, Lim Kok Yee berkata, setakat ini bantuan itu telah diserahkan kepada 600 buah keluarga di tiga pusat pemindahan sementara iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) York Chai, Parit Yaani, Sekolah Agama Seri Idaman dan Desa Parit Senah di Yong Peng, Johor.

“Unit perniagaan Matrix Concepts dari Wilayah Selatan telah bersatu di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada hampir 2,000 mangsa di negeri Johor. 

“Selain bantuan makanan, barangan keperluan termasuk tilam, selimut, keperluan bayi, lampin pakai buang untuk orang dewasa, barangan isi rumah dan air mineral botol telah dihantar ke tiga pusat pemindahan,” katanya dalam kenyataan.

Kok Yee berkata, sebagai sebuah syarikat yang prihatin, Matrix Concepts ingin menghulurkan bantuan dalam tempoh mencabar ini kepada mangsa yang sedang bergelut dengan situasi banjir.

“Matrix Concepts juga ingin memanjangkan solidariti kepada rakyat Yong Peng, Johor berikutan banjir besar yang menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan sosio ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban mangsa banjir yang terkesan dan masyarakat turut sama-sama menghulurkan tangan membantu,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.