Khaled bertekad kukuhkan perpaduan UMNO - Utusan Malaysia

Khaled bertekad kukuhkan perpaduan UMNO

Mohamed Khaled Nordin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bertekad memberi keutamaan terhadap usaha mengembalikan semula perpaduan dalam parti UMNO selepas terus diberi kepercayaan memikul amanah sebagai Naib Presiden parti terbesar Melayu itu.

Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata, masa berpolitik telah berakhir dan tumpuan kini untuk melunaskan amanah yang diberikan untuk mengukuhkan semula perpaduan parti.

“Saya menzahirkan ucapan terima kasih sedalamnya atas kepercayaan ahli UMNO untuk saya meneruskan tugas sebagai Naib Presiden.

“la adalah suatu pertanggungjawaban dan bukan sama sekali kemegahan. Telah tiba masa untuk semua bertaut kembali sebagai keluarga besar yang saling bahu membahu demi mengembalikan UMNO ke persada kepercayaan bangsa Melayu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau yang Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang berkata, sempena kedatangan Ramadan beberapa hari lagi, amat elok untuk semua ahli kembali mengukuhkan persahabatan demi UMNO, bangsa dan agama Islam.

Mohamed Khaled mengajak semua melupakan kesilapan dan kesalahan semasa berkempen dan saling memaafkan.

“Era baharu dalam UMNO mesti kita mulakan dengan semangat Ramadan yang menyeru untuk kita menyucikan diri dan kembali ke jalan rohani.

“Insya-Allah kita mulakan dengan mengikhlaskan diri untuk memulih, merawat dan membangunkan semula UMNO,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.