Kereta terbakar ketika hantar anak ke sekolah - Utusan Malaysia

Kereta terbakar ketika hantar anak ke sekolah

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta yang dinaiki lima sekeluarga yang dalam perjalanan ke sekolah dalam kejadian di Chembong, Rembau hari ini.-GAMBAR/IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang bapa yang dalam perjalanan untuk menghantar empat orang anaknya ke sekolah berdepan detik cemas selepas kereta yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian di Chembong di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Zulfadzli Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada pukul 7.20 pagi dan segera ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi didapati kebakaran membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Nissan Livina sedang terbakar.

“Pemandunya berusia 44 tahun dalam perjalanan menghantar empat anak berusia enam hingga 17 tahun ke sekolah. Pemandu memberitahu setibanya berhampiran lampu isyarat, dia terhidu bau hangit dan segera memberhentikan kereta ke bahu jalan. 

“Seorang penunggang motosikal yang turut sama di lokasi mendapati ada asap di bahagian hadapan kereta tersebut. Pemandu kenderaan bersama kesemua anaknya iaitu tiga orang lelaki dan seorang perempuan segera keluar dari kereta dan berada dalam keadaan selamat,” katanya hari ini.

Ujar Mohd. Zulfadzli, kenderaan berkenaan dianggarkan terbakar sekitar 90 peratus.Punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya