Kerajaan tidak iktiraf UEC   - Utusan Malaysia

Kerajaan tidak iktiraf UEC  

FADHLINA Sidek
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sama seperti pendirian kerajaan sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Kerajaan Perpaduan juga tidak mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi jawapan bertulis bernombor 43 itu berkata, pendirian tersebut adalah berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].

Selain itu, menurut beliau, Kerajaan Perpaduan  juga tiada dalam perancangan untuk mengiktiraf UEC.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini Kementerian Pendidikan Malaysia tiada perancangan untuk mengiktiraf UEC yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC). Pendirian ini berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550],” katanya ringkas.

Terdahulu, Sabri Azit (PN-Jerai) meminta kementerian menjelaskan pendirian berhubung pengiktirafan sijil UEC.

UEC merupakan sistem yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC).

Sebelum ini, terdapat cubaan daripada Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)  menggesa kerajaan sewaktu di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) untuk mengiktiraf UEC.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya