Kebun durian jadi 'port' dadah enam warga asing di Bentong - Utusan Malaysia

Kebun durian jadi ‘port’ dadah enam warga asing di Bentong

SEBAHAGIAN suspek lelaki warga asing ditahan polis berikutan kes penyalahgunaan dadah di sebuah kebun di Bentong, Pahang. - FOTO/IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Polis daerah ini menyerbu kebun durian yang dijadikan ‘port’ dadah dan menahan enam lelaki warga asing berusia 18 hingga 38 tahun, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, polis menemukan dadah jenis syabu seberat 0.45 gram.

“Hasil saringan awal air kencing keenam-enam suspek lelaki yang bekerja di kebun durian sejak enam bulan lalu itu didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Kesemua suspek direman empat hari mulai 28 Februari lalu hingga 3 Mac ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Tegas beliau, pihak polis memberikan amaran keras dan tidak akan berkompromi dalam menangani isu dadah mahupun jenayah lain yang berlaku di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

“Saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada masyarakat di daerah ini yang menyalurkan maklumat serta peka terhadap perlakuan jenayah mahupun berkaitan dadah di sekeliling mereka,” katanya.

Ujarnya, masyarakat diminta memberikan kerjasama menyalurkan maklumat kepada polis khususnya berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah serta jenayah lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.