Kadar zakat fitrah di Kelantan RM7

Kadar zakat fitrah di Kelantan RM7

TENGKU Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah pada tahun ini sebanyak RM7.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, bagaimanapun, individu yang ingin membuat bayaran RM14 atau RM21 berdasarkan keselesaan mengikut harga beras yang dimakan adalah digalakkan.

Menurutnya, jumlah kadar zakat itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

“Kadar nisab zakat harta bagi tahun ini telah ditetapkan sebanyak RM21,553.15 untuk haul antara Ramadan tahun 1444 hijrah hingga Ramadan tahun 1445 hijrah.

“Pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan kaunter Baitulmal yang dibuka dalam masjid-masjid bandar, masjid-masjid jajahan atau menerusi portal Maik di zakat.e-maik.my,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan memberitahu, Maik amat berharap mendapat kerjasama daripada semua pihak untuk mengambil maklum tentang ketetapan bayaran zakat itu.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya