SONGKLA: Majlis Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand mengingatkan pasangan dari Malaysia bahawa pejabat itu hanya mengiktiraf sijil nikah yang dikeluarkan pihaknya sahaja. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Jawatankuasa majlis agama Islam itu, Abdul Halim Lateh berkata, pihaknya tidak mengiktiraf mana-mana pernikahan yang diadakan di rumah, hotel, kedai makan atau di mana-mana tempat selain pejabat kerana mereka yang terlibat tidak mendapat pentauliahan pihaknya. Menurut beliau, perkara itu turut dipersetujui Persatuan Majlis…










