Isu Muhyiddin kukuhkah lagi sokongan rakyat pada PN - Pas

Isu Muhyiddin kukuhkah lagi sokongan rakyat pada PN – Pas

TAKIYUDDIN Hassan (dua kiri) memperkatakan sesuatu kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim pada Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu Kali ke-56 di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI, Kota Bharu, Kelantan hari ini- UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas yakin enam pertuduhan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengukuhkan lagi sokongan rakyat kepada gabungan itu untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri selepas ini.

Setiausa Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas menerima maklum balas baik daripada rakyat di sebalik apa yang berlaku dan rata-rata mereka yakin ia merupakan satu perancangan untuk melemahkan PN.

“Jadi saya tidak nampak ia akan menjejaskan prestasi kita sebaliknya akan menambahkan lagi sokongan rakyat kepada kita. Kita yakin ia tidak akan melemahkan kita sebaliknya menambahkan lagi kekuatan kita.

“Kita akan menggabungkan semua kekuatan. Pas dari segi jenteranya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari segi tokoh-tokoh utamanya dan Gerakan mewakili orang bukan Melayu dan bersedia untuk PRN tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu Kali ke-56 di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Banda Raya Islam (MPKB-BRI) di sini hari ini.

Takiyuddin yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi PN memberitahu, gabungan itu akan mengadakan jerayawara ke seluruh negara bagi memberikan penerangan berkait dengan perkara tersebut.

Katanya, langkah itu bagi membolehkan rakyat mendapat maklumat sebenar berkait pertuduhan dihadapi Muhyiddin ketika ini.

“Kita bertanggungjawab memberi penjelasan kepada rakyat terutamanya penyokong kita. Kita mempunyai seramai 4.7 juta penyokong yang juga merupakan pengundi kita.

“Jadi kita rasa bertanggungjawab untuk memberi penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang akan kita buat,” ujarnya.

Semalam media melaporkan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu didakwa atas enam pertuduhan membabitkan empat kesalahan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan rasuah bernilai RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan nilai RM195 juta.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya