Isu 'Little Napoleon' tidak serius - Cuepacs - Utusan Malaysia

Isu ‘Little Napoleon’ tidak serius – Cuepacs

ADNAN MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpandangan isu ‘Little Napoleon’ yang dikatakan berlaku dalam perkhidmatan awam adalah tidak terlalu serius sehingga boleh menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, beliau tidak menolak kewujudan ‘Little Napoleon’ itu namun sistem pentadbiran perkhidmatan awam ketika ini dilihat dari masa ke masa telah meningkat dengan baik dalam tadbir urus melalui transformasi yang dilaksanakan kerajaan 

“Namun sudah tentu apabila melibatkan organisasi yang besar seperti perkhidmatan awam, terdapat segelintir kecil penjawat awam yang mempunyai sedikit kuasa ini tersasar daripada landasan mereka. 

“Bagaimanapun kes-kes tersebut tidak menggambarkan imej keseluruhan perkhidmatan awam kerana ia kebanyakkannya melibatkan persepsi semata-mata. Persepsi negatif yang masih menebal dalam kalangan masyarakat awam berikutan kes-kes terdahulu telah mengakibatkan perkara ini dilihat seakan-akan masih berlaku secara berleluasa. 

“Apatah lagi jika perkara tersebut ditularkan melalui media sosial sehingga memberi gambaran yang tidak baik kepada keseluruhan perkhidmatan awam sedangkan ia hanya kes-kes terpencil sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Adnan lagi, ketua jabatan di setiap agensi dan jabatan perlu bijak serta tegas dalam menguruskan sumber manusia masing-masing. 

“Adalah penting untuk ketua jabatan memberikan penekanan kepada setiap pegawai bawahan masing-masing untuk menghormati proses dan prosedur kerja. 

“Sifat memilih pegawai-pegawai tertentu juga tidak wajar dilakukan kerana ia boleh menyebabkan mereka yang terpilih ini merasa ‘kebal’ dan arahan mereka lebih tinggi daripada prosedur kerja yang telah ditetapkan.

“Pematuhan kepada urus tadbir yang baik perlu diterapkan kepada semua peringkat pegawai tanpa memilih individu tertentu. Dalam masa yang sama setiap jabatan perlu bersedia menerima aduan atau pandangan daripada kakitangan bawahan bagi memastikan gejala ‘Little Napoleon’ ini tidak berleluasa,” katanya lagi.

Little Napoleon merujuk kepada kakitangan bawahan atau kurang berkuasa tetapi mendapat perlindungan pegawai lebih tinggi. –UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya