Isteri sebak terima sumbangan khairat kematian suami RM52,000

Isteri sebak terima sumbangan khairat kematian suami RM52,000

ROSMAINI Latif (lima kanan) bersama penerima lain yang mendapat manfaat daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di Kota Bharu, Kelantan semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang isteri sebak selepas namanya dipanggil untuk menerima Khairat Kematian Skim Emas berjumlah RM52,000 milik arwah suami Zainuddin Ismail daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).

Rosmaini Latif hadir bersama anak lelakinya itu menerima sumbangan tersebut dari Pengerusi YGMB Aminuddin Adam yang turut disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan Mohd. Zamri Abdul Aziz dalam satu majlis di sebuah hotel di sini semalam.

Rosmaini berkata, arwah suaminya meninggal dunia Januari lalu mencarum Skim Emas itu sejak tahun lepas dengan bayaran bulan berjumlah RM35.

“Suami saya merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Jerek Gua Musang dan manfaat sumbangan ini akan digunakan untuk membesarkan empat anak masing-masing berusia 27 hingga 18 tahun.

“Saya berterima kasih kepada YBGM atas sumbangan ini yang besar manfaat kepada kami sekeluarga. Diharapkan lebih ramai guru-guru akan menyertai skim ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Pada majlis tersebut YGBM turut meraikan anak-anak yatim dengan berbuka puasa bersama mereka selain memberikan sedikit cenderamata tanda ingatan.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat memberitahu, sebanyak RM200,000 manfaat melibatkan bantuan bencana banjir, penyakit kritikal, dan khairat kematian telah diagihkan kepada penerima di negeri ini.

Katanya, manfaat itu merupakan keperihatinan YGMB dalam menjadi kebajikan warga pendidik di negara ini.

“Alhamdulillah, setakat ini keahlian YGMB seluruh negara sudah mencecah 130,000 orang.  Jadi saya berharap warga pendidik yang belum bersama YGMB dapat menyertai kami,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.