Guru tidak sangka terima khairat kematian suami sebanyak

Guru sebak terima khairat kematian suami

MASNIAH Saberi Melhi (tengah) menerima khairat kematian suaminya sebanyak RM52,033.37 Pengarah Pendidikan Sarawak, Datuk Dr Azhar Ahmad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERIAN: Seorang guru terkejut dan tidak menyangka apabila menerima Khairat Kematian sebanyak RM52,033.37 daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) selepas beliau kehilangan suaminya akibat kanser pada Februari lalu.

Guru Sekolah Rendah (SK) Semariang, Masniah Saberi Melhi juga kelihatan sebak dan tidak dapat menahan air mata ketika beliau menerima khairat kematian yang disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Sarawak, Datuk Dr Azhar Ahmad.

Masniah berkata, beliau dan Allahyarham suaminya, Ahmat @ Ibrahim Sah, memang merupakan ahli YGMB sejak awal berkhidmat sebagai guru, namun tidak terfikir akan menerima khairat kematian dengan jumlah yang besar.

“Pada mulanya saya dan suami mengambil skim seumur hidup sahaja. Namun, suami menukar pelan kepada Skim Emas, saya hanya tahu selepas dihubungi wakil YGMB, Jumlah yang diterima ini sangat mengejutkan,” katanya.

Khairat kematian kepada ahli YGMB itu disampaikan bersempena Jerayawara Pelapis Kepimpinan Pendidikan Sarawak dan Ceramah Anti Scam Terhadap Warga Pendidik di Pusat Pentadbiran Bahagian Serian.

Selain Masniah, dua penerima lain turut menerima khairat kematian daripada YGMB, iaitu waris keluarga Allahyarham Mohammad Hazikin Tuah dan Allahyarham Mohammad Asghar Mohammad Jumar, yang masing-masing menerima RM8,000.

Sementara itu, Azhar dalam ucapannya mengalakkan guru-guru di Sarawak mendaftar sebagai ahli YGMB, yang mempunyai banyak skim dan manfaat kepada ahli sejak penubuhannya pada 1994.

“Kita amat prihatin terhadap nasib guru-guru yang ditimpa sesuatu musibah. Justeru, penting bagi setiap guru untuk mendaftar sebagai ahli YGMB agar dapat dibantu bagi meringankan beban,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat, berkata, pihaknya dengan kerjasama Zurich Takaful Malaysia Bhd (Zurich Takaful) memperkenalkan produk pelindungan takaful menyeluruh dikenali sebagai Ahli Skim Platinum (ASP) Khusus kepada warga pendidik dan kakitangan Kementerian Pendidikan (KPM).

“ASP diperkenalkan dengan manfaat ditambah baik, termasuk menyenaraikan 51 jenis penyakit kritikal berbanding 36 sebelum ini selain bantuan anak istimewa, keguguran dan perkhidmatan ambulans.

“ASP juga menawarkan pelan pelindungan komprehensif terhadap kematian, keilatan menyeluruh dan kekal, penyakit kritikal, perbelanjaan perubatan dengan nilai maksimum hingga RM132,000,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×