PUTRAJAYA: Individu yang bersalah menghendap individu lain boleh dipenjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali apabila kerajaan melakukan pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) tidak lama lagi. Skop perbuatan menghendap juga diperluaskan iaitu boleh berlaku secara atas talian seperti seseorang individu itu dijejak (followed), menggunakan alat sistem pengesanan global (GPS), GPS tracker atau menggunakan kamera tersembunyi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, penambahbaikan undang-undang khusus menghendap adalah selari dengan perkembangan teknologi yang turut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya