[DUN] Bayaran RM20 VEP terlalu murah, ibarat celah gigi - Utusan Malaysia

[DUN] Bayaran RM20 VEP terlalu murah, ibarat celah gigi

Pandak Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan disarankan untuk menaikkan kadar bayaran permit masuk kenderaan (VEP) khusus bagi kenderaan warga Singapura yang mahu memasuki negara ini melalui pintu sempadan antarabangsa di Johor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, kenaikan bayaran VEP itu dilihat wajar memandangnya kadar ketika ini amat rendah jika dibandingkan dengan tukaran mata wang negara jiran berkenaan.

Malah, katanya, langkah tersebut turut akan memberi manfaat kepada pengguna laluan tersebut daripada kedua-dua negara.

“Ketika ini kadar bayaran VEP yang dikenakan adalah sebanyak RM20, terlalu rendah jika ambil kira kadar tukaran wang asing, hanya bersamaan 6 dolar Singapura, ibarat celah gigi sahaja jumlah bayaran itu.

“Justeru, saya cadangan kadar bayaran dinaikkan kepada RM40 atau RM50 bagi setiap kenderaan, jika tidak dapat dibuat pada hari biasa, mungkin boleh dilaksana pada hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad,” katanya dalam sesi perbahasan menjunjung kasih titah Sultan Johor pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Pandak berkata, sekiranya langkah tersebut dilaksanakan, ramai pihak khususnya pengguna jalan raya akan memperoleh manfaat daripadanya.

“Langkah ini bukan sahaja mampu tambah pendapatan negara dan negeri, tetapi hasil kutipan boleh dinikmati semula pengguna laluan kedua-dua negara iaitu dengan meningkatkan infrastruktur dan kemudahan di laluan terlibat.

“Apabila kemudahan menjadi lebih baik, maka isu kesesakan yang menyukarkan pergerakan rakyat kedua-dua negara juga mampu dikurangkan.

“Malah, kadar bayaran VEP sebanyak RM20 itu juga telah lama tidak dinaikkan, maka sekarang adalah waktu terbaik untuk dikaji semula,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya