Pasukan hoki wanita Negeri Sembilan terus catat kejayaan

Hoki wanita Negeri Sembilan terus catat kejayaan

Pasukan bawah 16 tahun (U16) Negeri Sembilan muncul juara Kejohanan Hoki U16 Kebangsaan selepas menewaskan Selangor, 1-0, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pasukan hoki wanita Negeri Sembilan terus mencatatkan pencapaian membanggakan tahun ini dengan merangkul tiga kejuaraan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Terbaru, pasukan bawah 16 tahun (U16) negeri ini muncul juara Kejohanan Hoki U16 Kebangsaan selepas menewaskan Selangor, 1-0, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, semalam.

Gol kemenangan Negeri Sembilan dijaringkan oleh Nur Zariefah Dania Mazlan pada minit ke-26 hasil pukulan sudut penalti.

Sebelum itu, pasukan berkenaan menang kesemua enam perlawanan di peringkat kumpulan dan mengutip 18 mata dengan 49 jaringan gol berbanding dua gol bolos.

Pasukan itu mara ke separuh akhir dan menewaskan Pulau Pinang, 3-0.

Pada kejohanan itu, Nur Zariefah turut merangkul gelaran Penjaring Gol Terbanyak manakala dua lagi pemain Negeri Sembilan, Natashanajwa Nasharuddin diumumkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dan Nur Dania Amanina Ibrahim sebagai Penjaga Gol Terbaik.

Kemenangan itu meneruskan pencapaian cemerlang segmen hoki wanita Negeri Sembilan tahun ini.

Pada 17 Mei lalu, skuad hoki wanita Negeri Sembilan mengulangi sejarah pencapaian treble apabila merangkul tiga title utama Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM) 2026 dengan menjadi Juara Liga dan menjulang Piala Sumbangsih dan Piala Vivian May Soars.

Pada 24 Januari lalu, Negeri Sembilan menutup tirai Kejohanan Hoki Lima Sebelah (5s) Kebangsaan 2026 sebagai juara selepas menumpaskan Pahang 4-1 dalam kategori bawah 21 tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN