Dewan Rakyat lengang, ramai ahli Parlimen pembangkang ke SPRM

Dewan Rakyat lengang, ahli Parlimen pembangkang ke Ibu pejabat SPRM

DEWAN Rakyat hari ini agak lengang apabila kebanyakan kerusi ahli Parlimen pembangkang kosong. - UTUSAN/MOHD. FADHLI MOHD. SULAIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini agak lengang apabila kebanyakan kerusi ahli Parlimen pembangkang kosong dipercayai hadir ke Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bagi memberi sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubungan kes penyelewengan dana awam.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang masih berada dalam dewan antaranya Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad; Ahli Parlimen Rantau, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff serta beberapa orang lagi.

Tiada ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setakat tinjauan yang dilakukan tadi.

Muhyiddin tiba di Ibu pejabat SPRM kira-kira jam 11.15 pagi dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Velfire berwarna hitam diiringi tiga buah kereta lain sebelum dikerumuni penyokong dan pemberita.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari ketika ditemui di ruang legar bangunan Parlimen mengesahkan, ramai dalam kalangan mereka tidak hadir kerana ke Putrajaya untuk memberi sokongan kepada Muhyiddin.

“Mungkin sebab ramai ahli Parlimen PN sebelum ini di dalam dewan, jadi, tiada, dewan nampak kosong dan lenganglah,” katanya.

Ditanya sama ada keadaan lengang itu menjadi isu kerana ahli Dewan Rakyat tidak cukup kuorum, katanya, isu kuorum ini dibangkitkan ahli dewan, kalau tidak dibangkitkan, maka ia tiada masalah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya