Desas desus tarik diri bertanding Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut tidak benar - Rozilan - Utusan Malaysia

Desas desus tarik diri bertanding Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut tidak benar – Rozilan

ROZILAN SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Desas desus yang menyatakan bahawa calon Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Rozilan Salleh menarik diri bertanding jawatan itu pada pemilihan parti itu kali ini tidak benar.

Rozilan berkata, beliau menerima panggilan daripada rakan-rakannya yang bertanya dan ingin membuat pengesahan tentang keputusan bertanding jawatan berkenaan.

“Ada rakan-rakan memaklumkan kepada saya, mereka menerima maklumat dan pertanyaan bahawa saya sudah menarik diri daripada bertanding pada pemilihan kali ini.

“Saya ingin menafikan sama sekali desas desus berkenaan, sebaliknya saya akan terus dengan keputusan bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rozilan berkata, beliau tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak, tetapi tidak menolak kemungkinan ia baharu permulaan.

“Saya akan terus istiqamah dan berserah kepada Allah SWT.

“Sama-sama kita mengamalkan politik matang, tidak memburukkan mana-mana calon atau pihak lain. Insya-Allah, semoga kita sama-sama dilindungi Allah SWT,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya