Daftar, dapatkan kebenaran untuk kutip dana wakaf - Utusan Malaysia

Daftar, dapatkan kebenaran untuk kutip dana wakaf

ABDUL Aziz Sheikh Ab Kadir (tengah) melancarkan Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Besar Majlis Bandaraya Seremban di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menasihatkan mana-mana pihak yang membuat kutipan dana atas nama wakaf di negeri ini supaya mendaftar dan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dengan majlis tersebut.

Pengerusi MAINS, Datuk Seri Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir berkata, pendaftaran dan pentauliahan itu membolehkan pihak MAINS membuat pemantauan selain mahu mengelakkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama dan label wakaf untuk mengaburi mata masyarakat demi meraih keuntungan dan kepentingan masing-masing.

“Di Negeri Sembilan, MAINS melalui Jabatan Wakaf bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal pentadbiran berkaitan wakaf dan sumber Mal secara profesional dan teratur.

“Kami hanya menasihati, biasakan orang panggil wakaf tetapi bertanggungjawab pendaftarannya semua adalah dengan MAINS, itu yang kamu mahu maklumkan. Bimbang apabila wakaf tetapi pihak yang bukan sepatutnya yang menerima wakaf itu, kita galakkan wakaf tetapi ikut peraturan supaya pewakaf itu niatnya terjamin.

“Kena daftar, kebenaran dah tauliah itu dari MAINS, mereka kena beri laporan, kena pantau tujuan supaya teratur, kalau tidak semua orang kutip kata wakaf nanti timbul masalah dan orang pewakaf hanya tidak kesampaian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Besar Majlis Bandaraya Seremban di sini hari ini.

Yang hadir sama, Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat.

 

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, pada tahun lalu, MAINS berjaya menerima hasil kutipan wakaf tunai sebanyak lebih RM4 juta manakala agihan wakaf tunai yang berjaya diagihkan adalah lebih RM2 juta.

“Wakaf tunai yang telah dikutip oleh pihak MAINS sama ada dalam bentuk wakaf am atau wakaf khas diagihkan kepada penerima manfaat.

“Antara manfaat wakaf yang telah disalurkan oleh MAINS meliputi pembelian mesin hemodialisis, pembinaan pusat tahfiz dan madrasah, pembelian komputer, pembelian van jenazah, pembelian van sekolah serta bas kepada pihak sekolah yang terlibat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, menurutnya kira-kira 2,000 orang penjawat awam di negeri ini telah membuat pemotongan gaji untuk wakaf yang kini mencecah sebanyak RM50,000 sebulan.

Pada majlis tersebut juga, turut dilakukan penyerahan agihan wakaf termasuk sebuah bas kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu.UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya