Banjir Pahang: Mangsa meningkat 1,769 di 27 PPS, enam daerah - Utusan Malaysia

Banjir Pahang: Mangsa meningkat 1,769 di 27 PPS, enam daerah

BEBERAPA orang penduduk sedang melihat air melimpah di jalan Batu Langguk, Kuala Tembeling di Jerantut, Pahang. - FOTO/IHSAN PENGGUNA JALAN RAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Mangsa banjir di Pahang semakin meningkat apabila seramai 1,769 orang daripada 497 buah keluarga ditempatkan di 27 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di negeri ini.

Jumlah itu meningkat berbanding pukul 4 petang hari ini membabitkan 1,583 orang mangsa.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, peningkatan pada pukul 8 malam ini, berikutan pertambahan mangsa di Rompin seramai 1,068 orang daripada 336 buah keluarga di 13 buah PPS.

“Jumlah mangsa berikutnya diikuti Maran, 402 orang daripada 100 buah keluarga di lima buah PPS, Pekan 106 orang mangsa (17 keluarga) di dua buah PPS dan 96 orang mangsa (21 keluarga) di Jerantut masih kekal di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi Satu sejak semalam.

“Mangsa di Bera juga masih kekal 29 orang (tujuh keluarga) ditempatkan di PPS di Dewan Kampung Pasal dan Raub seramai 68 orang mangsa (16 keluarga) di lima buah PPS,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Che Adam berkata, dua batang sungai, iaitu Sungai Jempol di Felda Jengka menunjukkan paras bahaya menaik dengan merekodkan aras 31.23 meter, diikuti Sungai Keratong di Jambatan Bahau, Keratong (27.39 meter) dan dilaporkan air tren menurun.

“Lima batang sungai utama lagi di Jerantut, Maran dan Kuantan menunjukkan aras amaran dan tren menaik diikuti tujuh batang sungai di Jerantut, Temerloh, Bera, Maran dan Kuantan pada tahap waspada dan tren menurun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya