Banjir: Luluskan segera dana RM300,000 untuk ahli Parlimen

Banjir: Luluskan segera dana RM300,000 untuk ahli Parlimen

MUHYIDDIN Yassin meminta peruntukan untuk ahli Parlimen disegerakan bagi membantu mangsa-mangsa banjr di kawasan masing-masing. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan kerajaan agar meluluskan peruntukan segera sekurang-kurangnya RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang untuk membantu mangsa di kawasan masing-masing yang dilanda banjir. 

Ahli Parlimen Pagoh dari Perikatan Nasional (PN) itu berkata, pemberian dana itu bagi membolehkan bantuan disalur segera kepada semua mangsa banjir di kawasan Parlimen masing-masing. 

“Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk bersama-sama membantu mereka dalam menghadapi bencana alam ini tanpa mengira perbezaan parti politik. 

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang meluluskan segera peruntukan RM50 juta ke negeri Johor tetapi saya cadangkan ia dinaikkan kepada RM100 juta kerana keadaan banjir pada kali ini amat teruk,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. 

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 peringkat dasar. 

Mengulas berkenaan subsidi bersasar, kata Muhyiddin, masih tiada mekanisme kukuh dalam pelaksanaannya meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut tentang iltizam kerajaan untuk mengambil pendekatan progresif dalam aspek subsidi bersasar. 

Selain itu, katanya, kerajaan juga tidak membuat saringan had subsidi mengikut kategori pendapatan.

“Klasifikasi subsidi harus disemak semula secara teliti untuk mengurangkan bebanan fiskal negara. Contohnya, subsidi bahan input seperti baja boleh dikekalkan, namun subsidi menyeluruh terhadap output seperti bahan api haruslah diselaraskan dengan harga semasa global. 

“Kerajaan perlu menjalankan pemantauan dan intervensi untuk menentukan keberhasilan terhadap langkah ini iaitu mengurangkan kadar kemiskinan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya