SHAH ALAM: Rakyat Malaysia khususnya penduduk Lembah Klang membazir air terawat lebih 500 juta liter sehari akibat penggunaan tidak cermat seperti banyak digunakan ketika berada dalam tandas dan mencuci barang-barang keperluan secara berlebihan. Air yang dibazirkan setiap hari itu boleh digunakan untuk mengisi kira-kira 200 buah kolam renang bersaiz olimpik. Secara purata, setiap 9.1 juta pengguna di Lembah Klang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya direkodkan menggunakan 217 liter air…










