172 koperasi terlibat dalam agromakanan sejak 31 Disember lalu - Utusan Malaysia

172 koperasi terlibat dalam agromakanan sejak 31 Disember lalu

Sektor angromakanan penting menjaga kestabilan makanan negara. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Sebanyak 172 koperasi terlibat secara khusus dalam sektor agro makanan meliputi aktiviti penternakan, perikanan, tanaman dan pembekalan input pertanian.

Memaklumkan perkara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), K. Saraswathy berkata, angka itu dicatatkan sehingga 31 Disember lalu dengan kementerian menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam memastikan keterjaminan makanan negara melalui penglibatan koperasi dalam sektor agromakanan.

Menurut beliau, kementerian juga turut menyediakan pembiayaan modal pusingan agromakanan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM100 juta bagi meningkatkan penglibatan dan sumbangan koperasi dalam sektor agromakanan.

“Koperasi yang layak, boleh memohon pembiayaan sehingga RM3 juta bagi mengembang atau memperluaskan projek berkaitan pengeluaran makanan pertanian utama (upstream), pemprosesan atau pengilangan agromakanan atau aktiviti hiliran makanan lain.

“Selain itu, KUSKOP turut menyediakan geran bantuan pembangunan sehingga RM300,000 kepada koperasi yang berkelayakan bagi mengukuh dan mengembangkan aktiviti perniagaan koperasi termasuk aktiviti pertanian,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

SERIUS

Terdahulu, Datuk Muslimin Yahya (PN-Sungai Besar) meminta kementerian menyatakan keterlibatan serius koperasi berkaitan dengan sektor agromakanan bagi membantu negara menghadapi krisis bekalan makanan pada masa sekarang dan akan datang.

Mengulas lanjut, Saraswathy berkata, KUSKOP juga turut mewujudkan Federasi Koperasi Pertanian dan lndustri Asas Tani Malaysia Berhad yang bertujuan untuk menggembleng sumber modal, kepakaran, kemahiran dan tenaga profesional bagi melaksanakan aktiviti pada skala  lebih besar serta menguasai aktiviti di sepanjang rantaian bekalan.

“Kementerian juga turut mengadakan sesi libat urus bersama koperasi-koperasi yang terlibat dalam aktiviti penternakan ayam pada 12 Januari lalu bagi mengenal pasti isu dan cabaran serta memperincikan strategi pemerkasaan koperasi dalam aktiviti ternakan ayam.

“Pada masa sama, kementerian turut mengadakan kerjasama strategik dengan Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan (MAFS) untuk mengoptimumkan potensi sumber melibatkan kedua-dua Kementerian.

“Kerjasama strategik ini antaranya bertujuan untuk menyokong transformasi dan permodenan projek pertanian oleh sektor koperasi yang akan menyumbang kepada keterjaminan pengeluaran makanan negara,” kata beliau. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya