‘Ya Rab, semoga tidak berlaku lagi bencana, saya takut’

‘Ya Rab, semoga tidak berlaku lagi bencana, saya takut’

ABDUL Hamid yang patah tangan menerima rawatan daripada salah seorang petugas Pertubuhan Peduli Insan di Gaziantep, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZIANTEP, Turkiye: Golongan kanak-kanak antara yang paling terkesan selepas dua minggu kejadian gempa bumi bermagnitud 7.5 melanda beberapa wilayah di tenggara Turkiye dan Syria.

Berdasarkan tinjauan Utusan Malaysia, rata-rata daripada mereka bukan sahaja memerlukan bantuan keperluan asas, sebaliknya turut melibatkan aspek perubatan dan psikologi.

Bagi Mariam Suud, 11, dia masih trauma dan berterusan dilanda ketakutan selain se­ring teringat setiap saat kejadian tersebut biarpun telah berlalu dua minggu lepas.

“Sampai sekarang saya ketakutan. Malam saya tidak boleh tidur langsung. Saya takut bukan sebab diri saya. Tapi saya risaukan keadaan keluarga dan adik-adik saya.

“Kemudian saya berdoa dan mula berkata Ya Rab semoga tidak berlaku apa-apa lagi” katanya di sini semalam.

Dia yang kini tinggal bersama keluarga dalam keadaan berhimpit pada masa yang sama sangat berharap menerima bantuan terutama makanan dan alat pemanas untuk meneruskan kehidupan.

“Kami tiada apa-apa untuk makan. Tiada siapa mahu berikan makanan kepada kami. Tiada apa-apa bantuan langsung.

“Selain itu, tiada siapa yang mahu berikan kami pemanas. Kalau ada pun yang beri kami pemanas, ia sudah rosak dan tidak boleh digunakan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Abdul Hamid, 12, yang mengalami patah tangan tidak mendapat rawatan secukupnya daripada pihak perubatan akibat kekurangan anggota perubatan.

Malah, dia terpaksa tinggal dalam satu khemah yang sempit dengan hanya berlantaikan tanah untuk meneruskan kehidupan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×