GAZIANTEP, Turkiye: Golongan kanak-kanak antara yang paling terkesan selepas dua minggu kejadian gempa bumi bermagnitud 7.5 melanda beberapa wilayah di tenggara Turkiye dan Syria. Berdasarkan tinjauan Utusan Malaysia, rata-rata daripada mereka bukan sahaja memerlukan bantuan keperluan asas, sebaliknya turut melibatkan aspek perubatan dan psikologi. Bagi Mariam Suud, 11, dia masih trauma dan berterusan dilanda ketakutan selain sering teringat setiap saat kejadian tersebut biarpun telah berlalu dua minggu lepas. “Sampai sekarang…