Warga Thailand sorok pistol dalam beg galas diberkas

Warga Thailand sorok pistol dalam beg galas diberkas

MUHAMAD Zaki Harun (tengah) menunjukkan pistol yang dirampas semasa sidang media di IPK Kelantan, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ ROHANA MOHD.NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki warga Thailand diberkas dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Rantau Panjang dekat sini,  selepas menyorokkan sepucuk pistol dalam beg galas miliknya, petang semalam.

Penahan suspek turut membawa kepada rampasan sembilan butir peluru 9mm, tiga buah telefon bimbit, wang tunai dan pasport milik lelaki berkenaan.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sebelum itu pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.39 petang memaklumkan berlaku pergaduhan melibatkan pasangan suami isteri yang memiliki sepucuk pistol.

Menurutnya, bertindak atas maklumat sepasukan anggota telah bergegas ke lokasi untuk membuat serbuan.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam hotel telah menjumpai sepucuk pistol yang disorokkan dalam beg galas milik suspek.

“Soal siasat yang dilakukan, suspek mengaku membeli pistol itu dengan harga RM4,000 dan masuk ke negara ini menerusi pangkalan haram,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, suspek telah direman selama 14 hari bermula semalam bagi membantu siasatan berkait dengan rampasan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 8 Akta Senjata Api (PLB) 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1953/63.

“Terdahulu, pada pukul 4.30 pagi hari yang sama, pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Mas telah melihat seorang penagih dadah berada di hadapan sebuah rumah di Kedai Meranti, Pasir Mas.

“Semasa cuba menahan lelaki itu, berlaku pergelutan dan suspek telah cuba mencapai sesuatu disyaki senjata api jenis pistol yang berada di atas tangga rumah,” ujarnya.

Muhamad Zaki berkata, suspek mengaku pistol yang dirampas itu adalah miliknya dan dibeli dari Thailand pada 2017 dengan harga RM2,000.

Katanya, suspek telah direman selama tujuh hari bermula semalam dan siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.