Van terbabas Genting Hinglands: Siew Kim belum meninggal dunia, dirawat di HKL - Utusan Malaysia

Van terbabas Genting Hinglands: Siew Kim belum meninggal dunia, dirawat di HKL

KEADAAN van persiaran yang terlibat kemalangan mengorbankan tujuh mangsa di Kilometer 4.8, Jalan Genting Highlands di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Seorang mangsa yang disenaraikan meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah van persiaran terbabas di Kilometer 4.8, Jalan Genting Highlands di sini semalam, Goh Siew Kim, 61, masih hidup dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ahli keluarganya yang membuat pengecaman mendapati salah seorang mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian itu, Wong Ah Moi@Wong Seh Moi, 83, memegang kad pengenalan Siew Kim.

“Oleh yang demikian, mangsa terbabit, Siew Kim kini masih dirawat di HKL sejak kejadian semalam dan disahkan menerusi pengecaman keluarganya.

“Sehingga kini, pihak polis mengesahkan seramai tujuh mangsa dalam kejadian van persiaran terbabas melanggar konkrit pembahagi jalan masih menerima rawatan di HKL dan Hospital Sultan Ahmad Shah (Hosas) Temerloh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa yang maut di tempat kejadian dalam kemalangan pukul 1.15 tengah hari semalam itu pemandu van, Wong Choun Chiet, 49, serta lima penumpang, Foon Ah Lan, 67, Lee Moy, 67, Ang Meng Hong, 62, Seow Mee Tin, 72, dan Wong Ah Mooi, 83.

Seorang lagi penumpang, Chang Them Kong, 70, dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Siasatan polis mendapati kesemua penumpang yang terdiri daripada 12 orang wanita dan seorang lelaki dalam perjalanan dari Genting Highlands pulang ke Pulau Pinang selepas bercuti di Genting Highlands.

Ramli meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu memandangkan pihak polis masih menjalankan siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya