Tangguhkan aktiviti perkelahan, MTL belum tamat

Tangguhkan aktiviti perkelahan, MTL belum tamat

ZAINAL MADASIN (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota selepas merasmikan program Perbarisan Tahunan JBPM Kelantan di Ibu Pejabat JBPM, Tunjong, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menasihatkan orang ramai supaya menangguhkan buat sementara waktu aktiviti perkelahan sehingga tamatnya Monsun Timur Laut (MTL) pada Mac ini. 

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, penangguhan itu bertujuan mengelakkan sebarang kejadian susulan cuaca yang tidak menentu ketika ini. 

“Meskipun pusat peranginan sudah dibuka semasa MTL, namun orang awam dinasihatkan supaya menangguhkan dahulu aktiviti perkelahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Perbarisan Tahunan JBPM Kelantan di Ibu Pejabat JBPM, Tunjong di sini hari ini. 

Dalam perkembangan, Zainal memberitahu, pihaknya telah mengenal pasti lebih 10 lokasi panas melibatkan kawasan jeram dan lata yang menjadi tumpuan orang ramai di negeri ini berisiko berlaku kejadian kepala air.

Katanya, lokasi tersebut melibatkan Gunung Stong dan Dabong di Kuala Krai selain kawasan berhampiran sungai di Machang, Tanah Merah selain Jeli. 

“Pada masa sama, pegawai dan anggota bomba dari balai di kawasan berdekatan termasuk Pasukan Penyelamat dan Keselamatan Air (SWART) ditempatkan di kawasan tersebut untuk menjalankan pemantauan.

“Pemantauan secara berkala dijalankan di kawasan pusat peranginan dan sungai untuk menasihatkan pengunjung agar segera beredar sekiranya keadaan cuaca yang tidak menentu,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.