Serbuan parti liar di Genting Highlands, 28 suspek positif dadah - Utusan Malaysia

Serbuan parti liar di Genting Highlands, 28 suspek positif dadah

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Polis Bentong menahan 28 orang yang terlibat dengan parti liar dalam serbuan di sebuah banglo di Genting Highlands di sini.

Dalam serbuan pada Isnin lalu kira-kita pukul 4 petang, seramai 19 orang suspek lelaki dan sembilan wanita yang berusia dalam lingkungan 26 hingga 48 tahun ditahan untuk siasatan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, hasil siasatan dan pemeriksaan awal, suspek yang berkumpul di ruang tamu banglo di pusat peranginan tanah tinggi itu positif dadah jenis Ketamine dan Amphetamine.

“Kesemua suspek direman dua hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, jika didapati bersalah suspek boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau keduanya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ramli memberikan amaran keras bahawa polis tidak akan berkompromi dalam menangani isu dadah mahupun jenayah yang berlaku di bawah pentadbiran Kontinjen Pahang.

Katanya, kejayaan serbuan di banglo itu merupakan hasil maklumat orang awam dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berterima kasih kepada masyarakat yang sentiasa peka terhadap aktiviti jenayah di sekeliling mereka walaupun ia dilakukan di tempat tersembunyi.

“Polis meminta kerjasama orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat khususnya berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah, jenayah tertentu serta perlakuan yang menyalahi undang-undang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.