Rundingan sistem bayaran tol terbuka dipercepat

Rundingan sistem bayaran tol terbuka dipercepat

ALEXANDER Nanta Linggi (kiri) melihat replika pengecasan kereta elektrik pada Majlis Perasmian Kemudahan Pengecasan Berkelajuan Tinggi TNB Electron di Hentian Rehat dan Rawat Ayer Keroh Arah Utara, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Projek perintis akan dilaksanakan lebih awal oleh kerajaan sebelum sistem kutipan tol aliran bebas berbilang lorong (MLFF) yang bakal dilaksanakan pada 2025 dibuat secara meluas.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, rundingan antara Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kewangan juga akan dipercepatkan bagi memperkenalkan sistem bayaran tol terbuka kepada pengguna lebuh raya.

Jelasnya, pengenalan sistem baharu itu akan mengurangkan kebergantungan terhadap mod pembayaran sedia ada.

“Kita akan buat projek perintis (sistem bayaran tol terbuka). Kita kena uji sistem itu dahulu untuk melihat mana yang terbaik dan (dilakukan) lebih awal daripada jangkaan pelaksanaan MLFF pada 2025.

“Sekiranya berpuas hati, sistem bayaran tol terbuka ini akan dimulakan memandangkan terdapat implikasi kewangan yang pastinya memerlukan penglibatan Kementerian Kewangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Kemudahan Pengecasan Berkelajuan Tinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Electron di sini hari ini.

Berhubung pelaksanaan MLFF, Alexander berkata, sistem itu dijangka dapat dilaksanakan lebih awal dengan mengambil contoh beberapa negara lain yang telah mengimplementasikannya.

“Sekarang ini kita menjurus kepada itu (MLFF) dan perlu dirancang dengan baik. Walaupun jangka masa ditetapkan pada 2025, tetapi kita akan buat lebih awal dari itu.

“Kena lihat banyak isu daripada aspek teknikal dan perundangan. Kita juga perlu mengkaji sistem berkenaan yang telah dilaksanakan di negara-negara lain,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya