Peruntukan pembangunan ahli Parlimen dikurangkan

Peruntukan pembangunan ahli Parlimen dikurangkan

ANWAR Ibrahim dan Aminuddin Harun bersama pekerja Warung Pak Salleh di Kampung Baru Sirusa, Port Dickson, selepas meluangkan masa makan tengah hari di gerai berkenaan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan peruntukan pembangunan untuk ahli Parlimen bagi tahun ini dikurangkan dan akan diberi secara berperingkat sebagai sebahagian daripada langkah mengawal kewangan negara.

Perdana Menteri berkata, pengurangan lebih 65 peratus iaitu daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta itu seperti dilaporkan media bagaimanapun akan dinilai semula apabila keadaan ekonomi dan kewangan negara bertambah baik pada masa hadapan.

“Ia peruntukan pembangunan untuk ahli Parlimen, ia diselaraskan dengan pejabat daerah dan pegawai kemajuan negeri. Ekoran kekangan ekonomi, saya ingat biarlah diberikan secara berperingkat, dana untuk ahli-ahli Parlimen juga terlibat.

“Walaupun ada permohonan untuk melihat semula, perkara seperti projek-projek yang mendesak, surau rosak, jalan ataupun beberapa isu seperti mengorek sungai, dan ada hal-hal yang penting, kita boleh pertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meluangkan masa untuk makan tengah hari di Warung Pak Salleh, Kampung Baru Sirusa di sini,semalam.

Turut mengiringi beliau, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sementara itu, Anwar menjelaskan, keputusan yang diambil tersebut kerana beliau sangat tegas dalam isu governans, rasuah dan salah guna kuasa.

Katanya, ia termasuk berkaitan kewangan parti-parti politik sebagai mana siasatan yang dijalankan terhadap akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika ini.

“Apa juga alasan, kamu kena jelaskan kepada rakyat, bagaimana parti politik boleh melakukannya, bagaimana dalam keadaan Covid-19, ketika orang tiada kerja, tiada wang, parti boleh kumpul beratus juta.

“Kemudian guna isu (memberi) tekanan, jawablah bahawa betul tidak ada RM300 juta dalam akaun, jika betul ada, dari mana? Mengapa boleh kumpul begitu banyak wang untuk parti dalam keadaan orang tiada kerja dan susah, bantuan terbatas dan projek-projek dibatalkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya