Pas tagih 'tsunami' sokongan PRU-15 untuk menang PRN

Pas tagih ‘tsunami’ sokongan PRU-15 untuk menang PRN

TUAN Ibrahim Tuan Man (dua dari kanan) sempat beramah mesra dengan pelajar-pelajar tahfiz ketika tiba di Majlis Perasmian Bangunan Asrama Tahfiz Al-Quran Al-Ikhwan di Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Pas menagih ‘tsunami’ sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) yang ditunjukkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu akan berterusan bagi memastikan mereka menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pada PRN itu nanti Pas menonjolkan 30 hingga 40 muka baharu termasuk dalam kalangan Dewan Pemuda Pas dan muslihat sebagai pelapis.

“Setiap negeri diminta menampilkan barisan pelapis ini agar nama-nama mereka dapat diangkat bagi membolehkan Jawatankuasa Pas Pusat membuat tapisan terakhir.

“Pada PRU-15 lalu, ramai muka baharu diketengahkan dan kini sudah ramai tokoh-tokoh baharu Pas menjadi wakil di Parlimen dan untuk PRN kali ini pun sama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Bangunan Asrama Tahfiz Al-Quran Al-Ikhwan di Kampung Kota, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian memberitahu, Pas kini sedang memberi tumpuan kepada tinjauan simulasi umum di kesemua enam negeri yang akan mengadakan PRN nanti.

Katanya, tinjauan berkenaan turut akan membabitkan aspek kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mana yang dijangka akan diberikan tumpuan pada PRN nanti.

“Sejak PRU-15 sehingga kini Pas telah menerima purata 4,000 hingga 5,000 lima ribu ahli baharu pada setiap bulan dan sebahagian besarnya merupakan anak-anak muda,” ujarnya

Tuan Ibrahim berkata, setakat ini Pas masih belum membuat perbincangan berkait pembahagian kerusi tetapi Majlis Tertinggi PN telah mengadakan pertemuan berhubung perkara tersebut.

Katanya, soal pembahagian kerusi itu diserahkan kepada jawatankuasa perunding dan beliau difahamkan mereka belum mengadakan perbincangan berkenaan perkara tersebut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya