Mayat bayi perempuan ditemukan di pekarangan masjid - Utusan Malaysia

Mayat bayi perempuan ditemukan di pekarangan masjid

MAYAT bayi perempuan ditemukan di pekarangan Masjid Kariah Kampung Sri Jemapoh, Juasseh, Kuala Pilah, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Mayat seorang bayi perempuan yang baharu lahir ditemukan di pekarangan Masjid Kariah Kampung Sri Jemapoh, Juasseh, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, kira-kira pukul 4.35 petang tadi, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah telah menerima makluman daripada seorang lelaki yang telah menjumpai mayat bayi berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, pihaknya percaya bayi perempuan tersebut baharu dilahirkan dalam tempoh 24 jam.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung dengan kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Amran lagi, pihaknya meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan.

Kata beliau, orang ramai boleh menghubungi IPD Kuala Pilah menerusi nombor 06-484 2999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya