Mangsa tinggal berhimpit-himpit dalam khemah

Mangsa tinggal berhimpit-himpit dalam khemah

Operasi pembersihan giat dilakukan di kawasan runtuhan bangunan di Gaziantep, Turkiye. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZIANTEP, Turkiye: Cuaca sejuk mencecah 0 darjah Celsius dan tinggal dalam khemah kecil sehingga terpaksa berhimpit-himpit antara kepayahan yang dilalui mangsa gempa bumi.

Malah, berdasarkan tinjau­an Utusan Malaysia, mang­sa mungkin perlu berdepan ke­adaan seperti itu menjelang sambutan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Bagi Qamar Mar’ie, 27, apa yang menyukarkan bagi mang­sa-mangsa ialah terdapat khemah yang menempatkan sehingga tiga keluarga dalam satu-satu masa.

Apa yang membimbangkan katanya, keadaan bertambah sukar apabila hujan dan cuaca bersalji yang boleh menjejaskan kesihatan terutama kanak-kanak.

“Ada khemah yang memu­at­kan tiga keluarga. Bila malam suhu bertambah sejuk. Malah anak saya berumur tiga bulan juga mengalami selesema.

“Kami menjangkakan cuaca akan bertambah sejuk menje­lang bulan Ramadhan,” kata­nya di sini, semalam.

Qamar yang juga pelari­an Syria berkata, kebanyakan mangsa kini menggunakan kemudahan seperti tandas di masjid berdekatan termasuk mendapatkan sumber air.

Dalam pada itu, Qamar berkata, banyak mangsa hilang sumber pendapatan dan mengharapkan bantuan untuk meneruskan kehidupan.

“Tiada apa lagi yang tinggal. Bangunan musnah dan rata-rata hilang pekerjaan.Jika bernasib baik, ada mangsa yang boleh menumpang di rumah saudara mara.

“Jika tidak, tinggal di khemah untuk berlindung,” jelasnya.

Sementara itu, Mariam Su­ud, 11, berkata, dia kini hanya bermain bersama rakan-rakan dan tidak ke sekolah susulan kejadian gempa yang berlaku pada 6 Februari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN