SEREMBAN: Selepas kejadian penemuan longgokan perhiasan ayat al-Quran yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab di Nilai pada penghujung tahun lalu, berlaku lagi dua kejadian serupa pada tahun ini. Kejadian terbaharu berlaku semalam manakala kejadian sebelum itu berlaku pada 26 Januari lalu dengan kedua-duanya juga berlaku di kawasan Nilai di sini. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Nik Azlan Nik Man berkata, berdasarkan pemerhatian kesemua…










