Ladang sengaja lebihkan telur omega - Utusan Malaysia

Ladang sengaja lebihkan telur omega

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Negara masih kekurangan telur apabila bekalan sumber protein itu setiap hari cuma 24 juta biji berban­ding keperluan 30 juta sehari.

Penyusutan enam juta biji telur setiap hari itu pula menjadi lebih parah apabila terdapat sebilangan besar ladang-ladang telur tempatan sengaja mengurangkan pengeluaran table egg masing-masing, sebaliknya menambah jumlah pengeluaran telur jenis omega yang langsung tidak diakreditasi mana-mana pihak.

Sumber industri yang dihubungi semalam berkata, antara faktor mendorong pe­ningkatan pengeluaran telur jenis omega disebabkan dasar kerajaan yang membawa ma­suk telur import dari India.

Kata sumber itu, susulan kekurangan bekalan dan harga telur import yang mahal ia­itu 50 sen sebiji, kebanyakan pengguna beralih membeli te­lur omega yang lebih besar berbanding telur import sekali gus mendorong pengeluarannya yang lebih banyak oleh ladang-ladang telur tempatan.

“Dalam soal bekalan, untuk ayam sudah stabil. Telur masih tak stabil. Negara memerlukan 30 juta biji telur setiap hari, tapi pengeluaran seluruh negara cuma 24 juta sahaja. Memang tak cukup.

“Telur import pula masih masuk, tapi tak banyak. Telur import ini bukan memberikan harga yang bagus, ia mahal. Jadi, rakyat tak pergi ke arah itu, baik beli telur omega.

TELUR OMEGA

“Jadi, kebanyakan pengeluar telur pula, mereka kurangkan penjualan telur biasa tapi naikkan pengeluaran telur omega. Ini supaya harga itu dapat me­nyaingi telur import,” kata sumber semalam.

Sumber berkata, isu telur omega ini timbul apabila langsung tiada badan memberi akreditasi terhadap kualiti te­lur itu mengakibatkan peladang telur semakin berani mengurangkan pengeluaran table egg dan memperbanyakkan pengeluaran telur omega.

Malah kata sumber, lawatan agensi ke ladang-ladang telur mendapati pemilik me­ngakui sengaja mengehadkan pengeluaran telur gred A, B, C dan D digelar table egg, malah menambah pengeluaran telur omega dengan alasan jualan telur omega boleh mengatasi kerugian.

“Isu telur omega berlanjutan ,dan tiada langsung langkah diambil mana-mana kementerian ataupun agensi untuk mengawal dan mengakreditasinya.

“Agensi kata mereka tiada data berapa peratus telur omega di pasaran berbanding telur table egg, tapi kalau semak di pasar raya, sekarang ini penuh dengan telur omega.

“Pihak agensi turun ke ladang, mereka tengok sendiri memang ladang-ladang ini mengehadkan pengeluaran ­table egg yang kata untuk me­ngatasi kerugian. Satu lagi, tia­da apa-apa tindakan daripada agensi mahupun kementerian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN