Kemas peruntukan RM3.2 juta untuk makanan tambahan kanak-kanak Orang Asli

Kemas peruntukan RM3.2 juta untuk makanan tambahan kanak-kanak Orang Asli

AHMAD Kamal Idris Mohd. Nawawi (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak Orang Asli pada program Hari Aspresiasi dan Amanat Ketua Pengarah Bersama Kakitangan Kemas Daerah Gua Musang, Kelantan hari ini-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) memperuntukkan sebanyak RM3.2 juta untuk program makanan tambahan kepada 5,160 kanak-kanak di 295 buah Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di kawasan perkampungan Orang Asli di seluruh negara. 

Ketua Pengarahnya, Ahmad Kamal Idris Mohd. Nawawi berkata, jumlah tersebut digunakan untuk penyediaan bekalan makanan yang lebih bermutu dan berkhasiat kepada kanak-kanak Orang Asli berusia antara lima dan enam tahun.

Menurutnya, selain itu, sebanyak 298 orang guru bersama seorang Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela (PPMS) turut akan membantu menyediakan makanan kepada anak-anak.

“Kemas bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) supaya kanak-kanak Orang Asli tidak ketinggalan mendapat makanan sihat.

“Kita juga berterima kasih kepada pihak Jakoa yang turut menyediakan premis bagi memastikan kanak-kanak tidak tercicir di dalam arus pendidikan negara kita,” katanya pada program Hari Aspresiasi dan Amanat Ketua Pengarah Bersama Kakitangan Kemas Daerah Gua Musang di sini hari ini.

Ahmad Kamal Idris memberitahu, secara keseluruhannya, sebanyak RM140 juta telah diperuntukan kepada 208,000 orang kanak-kanak tabika dan 9,500 orang kanak taska di seluruh negara. 

Katanya, guru dan PPMS telah dilatih selain diberi kemahiran untuk penyediaan makanan secara sihat di semua premis Kemas.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya