Isu perkauman tak serius - Aaron - Utusan Malaysia

Isu perkauman tak serius – Aaron

AARON AGO DAGANG (duduk - tengah) bergambar bersama-sama warga kerja Kementerian Perpaduan Negara Johor sempena Majlis Perjumpaan dan Amanat Menteri Perpaduan di Auditorium RTM, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Isu perkauman yang cuba dicetuskan segelintir pihak tidak begitu serius bahkan tidak akan mendatangkan cela terhadap kemakmuran dan keamanan negara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kerajaan akan menangani isu perkauman dengan sebaik-baiknya bagi memastikan imej negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum tidak tercalar.

Menurutnya, setakat ini isu perkauman masih lagi terkawal meskipun terdapat segelintir pihak atau individu yang membuat kenyataan dan sentimen berbaur perkauman dalam media sosial baru-baru ini.

Katanya, perpaduan negara juga berada pada tahap yang baik apabila Malaysia berada di tangga ke-18 daripada 163 buah negara dalam Indeks Keamanan Global.

“Setakat ini, yang menjadi masalah hanya melibatkan segelintir individu yang sekali sekala membuat kacau menjejaskan perpaduan negara.

“Ini bukan isu besar, bagaimanapun kita perlu menjaga publisiti negara kita di mata dunia. Isu ini perlu ditangani supaya tak beri keburukan kepada rakyat kita,” katanya selepas Majlis Perjumpaan dan Amanat di Auditorium RTM, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Noridah Abdul Rahim dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon.

Pada 27 Januari lalu, bekas Ahli Parlimen DAP yang juga Setiausaha Perhubungan Antarabangsa DAP, Kasthuri Patto menggesa Wisma Putra memanggil duta Afghanistan dan Iran berhubung dakwaan pencabulan hak wanita dan kanak-kanak.

Dalam pada itu, Aaron berkata, kementeriannya akan mengadakan pelbagai program melibatkan masyarakat madani di negara ini secara besar-besaran sepanjang tahun,  antaranya Minggu Perpaduan Negara dan Semarak Perpaduan.

Beliau turut mempengerusikan Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama yang terdiri daripada kira-kira 30 individu daripada latar belakang agama yang ada di negara ini.

“Jawatankuasa itu akan bersemuka dan mengadakan perbincangan, melihat nilai-nilai agama satu sama lain yang berbeza dan melihat bagaimana kita mencari titik persamaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.