Hilang anak, isteri ketika tunggu rawatan - Utusan Malaysia

Hilang anak, isteri ketika tunggu rawatan

NOR Mass Naser bersama dua anak yang dijaganya selepas kematian isteri dan anak perempuannya ketika ditemui di Kampung Bahagia, Teluk Intan semalam. – UTUSAN/AIN SAFREN BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang lelaki tidak menyalahkan sesiapa namun agak terkilan apabila kematian anak perempuannya dan disusuli isteri ketika menunggu rawatan susulan di hospital akibat penyakit leukemia dan barah payudara.

Nor Mass Naser, 55, berkata, dia kehilangan anak perem­puannya, Nur Ermamaslinda pada tahun 2015 ketika anaknya berusia 16 tahun akibat penyakit leukemia tahap empat.

Menurutnya, pada Februari tahun lalu, dia kematian isterinya, Azimah Affandi yang ketika itu berusia 40 tahun kerana penyakit barah payudara dan leukemia tahap empat.

Katanya, dia menerima ketentuan Ilahi hilang dua ahli keluarganya namun agak terkilan kerana proses mendapatkan rawatan yang agak lama di hospital terutama rawatan susulan.

“Apabila dikenangkan semula, memang rasa terkilan kerana semasa anak saya mendapatkan rawatan, pihak hospital kata kami kena tunggu untuk pelbagai rawatan. Apabila sudah sampai ke tahap empat, agak sukar untuk dirawat.

“Begitu juga arwah isteri saya, proses rawatan agak lama dan selepas pembedahan di kepala isteri saya, semasa membuat rawatan susulan, lagi kena tunggu lama sehingga sakitnya mencapai tahap empat dan susah dirawat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Bahagia di sini semalam.

Menurutnya, selepas kematian isteri, dia menjaga seorang diri tiga anaknya, Muhammad Norman Esma, 22, Muhammad Rozaini Zafri, 9, dan Nurelmiramaslinda, 8.

Katanya, dia berdoa agar anak-anaknya tidak menghidap penyakit kritikal seperti arwah anak perempuan dan isterinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN