Dua penyamun diberkas - Utusan Malaysia

Dua penyamun diberkas

SEBUAH motosikal antara barang kes yang dirampas pihak polis susulan kejadian samun berkumpulan melibatkan dua suspek di daerah Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Polis menahan dua lelaki kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun berkumpulan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, suspek berusia 32 dan 45 tahun itu ditahan petang semalam di dua lokasi berasingan.

“Mereka ditahan kira-kira pukul 4 petang di Jalan Daud, di sini dan Tanjung Agas Tangkak. Tangkapan dilakukan susulan laporan seorang mangsa berusia 39 tahun pada Selasa lalu tentang kejadian samun terhadapnya.

“Suspek telah menyamun beg sandang mangsa serta melarikan sebuah motosikal milik rakan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda Wave Dash dan dua telefon bimbit bagi membantu siasatan.

“Semakan ke atas rekod lampau mendapati kedua-dua suspek yang kini direman enam hari hingga 17 Februari ini pernah terlibat dalam kes jenayah dan narkotik.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN