Dua lelaki ditangkap, ragut wanita bawa motosikal sendirian - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditangkap, ragut wanita bawa motosikal sendirian

MOTOSIKAL yang dirampas dan barang kemas yang turut ditemui bersama suspek yang ditangkap dipercayai terlibat dalam beberapa kes ragut di Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua lelaki masing-masing berusia 26 dan 31 tahun ditangkap selepas dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian ragut di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kedua-duanya ditahan kira-kira pukul 7 petang semalam ketika sepasukan anggota polis menjalankan Op Rentap.

“Di dalam operasi berkenaan telah berjaya menahan dan menangkap dua orang lelaki yang terlibat di dalam kes yang disiasat di daerah Seremban. Tangkapan juga telah menunjukkan barang-barang yang diragut di dalam kes yang terlibat yang merupakan rantai emas.

“Hasil siasatan mendapati pasangan berkenaan terlibat di dalam beberapa kes ragut di dalam daerah Seremban bagi tahun 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, modus operandi yang dilakukan suspek adalah dengan memilih wanita yang menunggang motosikal seorang diri di kawasan sunyi. 

“Suspek akan bertindak menghimpit motosikal mangsa dan kemudian meragut rantai atau gelang tangan yang dipakai oleh mangsa. Kedua-dua suspek kini sedang ditahan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 21 Februari 2023 dan disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya