Cucu selamatkan nenek daripada rentung

Cucu selamatkan nenek daripada rentung

KEADAAN rumah Norhasliza Hussin yang musnah selepas terbakar dalam kejadian di Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan pantas seorang cucu memapah keluar neneknya menggunakan pintu belakang berjaya menyelamatkan mereka daripada rentung selepas rumah mereka di Kampung Bunut Payong di sini, terbakar pagi tadi.

Kejadian pukul 8.25 pagi, itu berlaku ketika mangsa Rafiah Abdul Rahman, 68 yang menghidap penyakit jantung sedang menikmati sarapan pagi bersama cucunya.

Norhasliza Hussin, 46, berkata, semasa kejadian dia yang sedang mandi dikejutkan dengan jeritan daripada salah seorang daripada anaknya yang melihat sudah marak.

“Terkejut dengan jeritan itu, saya terus keluar dan mengarahkan anak untuk membawa keluar nenek mereka ke tempat selamat.

“Kebiasaannya, ibu akan tinggal seorang diri di rumah ketika saya keluar bekerja. Mujurlah ketika semasa kejadian saya dan anak masih berada di dalam rumah, jika tidak mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku pada ibu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Norhasliza memberitahu, disebabkan api marak dengan cepat dia tidak sempat untuk menyelamatkan semua peralatan yang berada di dalam rumah.

Katanya, buat masa ini ibu menumpang di rumah bapa saudara yang terletak hanya 500 meter dari kediamannya sambil dia buntu memikirkan nasib selepas ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Ahmad Fakaruddin Berahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.27 pagi.

Katanya, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Tunjong dan Kota Bharu bersama jentera telah ke lokasi untuk kerja-kerja memadam kebakaran.

“Setiba di lokasi kejadian, kami dapati rumah tersebut sudah hangus 80 peratus. Punca dan kerugian masih lagi dalam siasatan,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya