CCTV pantau lokasi pembuangan sampah haram di Seremban - Utusan Malaysia

CCTV pantau lokasi pembuangan sampah haram di Seremban

MASRI Razali (empat dari kanan) dan Samson Maman (tiga dari kanan) pada Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Persekolahan kepada wakil Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di Wisma MBS, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak tiga kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dipasang oleh pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bagi mengesan individu tidak bertanggungjawab membuang sampah secara haram di daerah ini.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, tiga CCTV berkenaan dipasang di tiga lokasi iaitu di Jalan Lama Bukit Putus, Kawasan Perindustrian Senawang dan Kawasan Perindustrian Taman Tuanku Jaafar. 

“Tiga lokasi ini menjadi tumpuan tempat pembuangan sampah haram terutamanya daripada pihak industri. Selain pemasangan CCTV, pihak kami juga turut mengadakan rondaan penguatkuasaan di kawasan tersebut. 

“Pemasangan CCTV ini membolehkan pihak MBS mengesan lori keluar masuk di kawasan berkaitan. Contohnya di Jalan Lama Bukit Putus, sekiranya ada lori yang keluar masuk kami boleh memantau melalui CCTV berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Persekolahan di Wisma MBS, di sini hari ini.

Menurutnya, tiga CCTV berkenaan adalah di antara 63 CCTV yang dipasang pihak MBS di daerah ini yang turut berfungsi memantau pergerakan lalu lintas dan parkir.

CCTV yang dipasang pihak MBS di Jalan Lama Bukit Putus bagi memantau dan mengesan pelaku aktiviti pembuangan sampah haram di kawasan itu.-GAMBAR/MBS

Sementara itu, mengenai majlis tersebut, Setiausaha Agong Majlis Datuk Dato’ Malaysia (MDDM), Datuk Samson Maman berkata, lebih 1,000 pelajar akan dibantu menerusu pemberian baucar bantuan persekolahan itu,

“Ia bagi meringankan beban ibu bapa membeli barang-barang keperluan untuk persekolahan anak-anak mereka. Setiap baucar yang bernilai RM200 itu boleh ditebus di 61 rakan niaga pasar raya di seluruh Malaysia.

“Program ini adalah kerjasama MDDM dan MBS sebagai program tanggungjawab sosial korporat dan sejumlah 50 baucar yang bernilai RM10,000 akan diserahkan kepada pelajar di bawah golongan keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di daerah ini,” kata beliau.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya